Tempatan

Kerajaan Digesa Tubuh RCI Siasat Kebocoran Data Rakyat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 – Fahmi Fadzil menyarankan supaya Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan kejadian kebocoran data peribadi rakyat Malaysia yang giat berlaku.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, beliau turut menekankan bahawa pengguna yang terkesan mungkin akan mengalami trauma berikutan data peribadi mereka yang dibocorkan dan mungkin disalahguna.

“Mangsa-mangsa ini akan mengalami trauma, kegusaran dan kerisauan tentang data peribadi mereka yang telah dicuri, serta aktiviti jenayah yang mungkin berlaku berkait data mereka itu.”

Beliau turut menekankan kemungkinan mangsa-mangsa kebocoran data ini untuk menjadi mangsa scam pada masa hadapan.

“Malah jika mereka nanti menjadi mangsa ‘scammer’, sudah pasti akan ada yang menjadi murung atau mengalami masalah kesihatan mental yang lain,” tegasnya.

Terdahulu, samudera.my pernah mendedahkan tentang isu kebocoran maklumat data peribadi Kad Pengenalan rakyat Malaysia di mana maklumat tersebut boleh diakses dengan mudah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: