Dugaan Ramadan, Masjid Ibnu Sina Terbakar
TITIWANGSA, 23 Mac 2023 – Hampir 90 peratus ruangan Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam semalam, menjelang 1 Ramadan.
Menurut laporan dari laman Facebook masjid itu, maklumat daripada forensik Bomba telah melaporkan kejadian berpunca panahan petir yang kuat di atas bumbung masjid.
Berikutan itu, pihak masjid bersetuju untuk menghentikan segala aktiviti masjid setakat ini.
BACA JUGA: Ramadan 2023: Jangan Bazir Makanan – YDPA & Permaisuri
BACA JUGA: Kuliah Agama Tak Boleh, Pesta ‘Gay Boy’ Bulan Ramadan Boleh Pula? – Yusuf Azmi
BACA JUGA: Pesta ‘Gay Boy’ Ramadan al Mubarak, Kerajaan Madani Mesti Bertindak! – NGO
Selain itu, jemaah dan anak kariah boleh memilih masjid yang berdekatan untuk menjalankan aktiviti Ramadan.
Tambah pihak masjid, mereka juga akan sedaya upaya menyediakan tempat solat yang selesa untuk jemaah dalam masa secepat mungkin.
“Pihak masjid memohon maaf di atas kesulitan ini, dan semua ini ujian daripada Allah. Marilah kita sama-sama bermuhasabah agar kejadian ini adalah ujian dan 1,000 hikmah daripada Allah,” kata Masjid Ibnu Sina-Titiwangsa lagi.