Tempatan

Dua Saudagar Melayu, Murid Terawal Gautama Buddha – Prof Jean Boisselier

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 01 Januari 2022 – Trapusha dan Bhallika, merupakan dua saudagar pedagang kaya-raya yang sedang dalam perjalanan pulang ke negara asal mereka. Dalam ekspedisi perdagangan mereka yang diikuti oleh lima ratus pedati, mereka dikatakan terserempak dengan Siddartha lalu menawarkan beliau dengan sedikit makanan.

Tiba-tiba terdengar suara misteri mengumumkan:

“Dia dihadapan kalian telah pun mencapai pengetahuan yang agung. Inilah makanan pertama yang dijamahnya setelah dia menjumpai jalan pembebasan, dan persembahan kalian ini adalah suatu tanda kejayaan. Dia sekarang akan merantau ke seluruh dunia untuk mengajar peraturan sejati.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Punca Jari Perlu Dipotong? Wanita Dapatkan Pandangan Kedua

Mendengarkan pengumuman daripada suara misteri itu, kedua adik beradik itu pun berasa sangat gembira dan mereka kemudian secara sukarela menjadi orang yang pertama menganut ajaran Siddartha tersebut. Siddartha kemudian memberikan mereka 8 helai rambutnya untuk dibawa pulang sebagai tanda keberkatan.

Memang banyak teori tentang asal-usul kedua adik-beradik saudagar ini. Namun, Profesor Dr Jean Boisselier, merangkap sebagai Profesor Emeritus di Universiti Sorbonne, Paris, semasa hidupnya pernah mengemukakan sebuah teori bahawa kedua adik beradik ini, Trapusha dan Bhallika ada berkemungkinan berasal daripada Semenanjung Tanah Melayu. Beliau menulis:

“During the seventh week, the Buddha proceeded to a spot beneath the Royal Site (rajatana) Tree. It was there, on the last day of the week, that Trapusha and Bhallika – two brothers from Bactres or the Malay Peninsula – merchants from a passing caravan offered him food…Now that their offering of food could be accepted the merchants ‘took refuge in the Buddha and the Dharma’.”

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai kurator di Muzium Phnom Penh dan bertanggungjawab untuk kajian saintifik di Jabatan Pemuliharaan Monumen Angkor mengemukakan pendapat sedemikian dalam buku tulisannya yang berjudul, “The Wisdom of the Buddha“.

Walaupun ketamadunan Melayu terkenal sebagai kaum pedagang yang menguasai pusat-pusat perdagangan maritim namun tidak banyak yang diketahui tentang saudagar-saudagar Melayu yang banyak berdagang di laluan-laluan perdagangan di Tanah Besar Asia.

Baru-baru ini, kajian yang dilakukan ke atas tapak ekskavasi Sungai Batu oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuktikan bahawa Semenanjung Tanah Melayu ini adalah menjadi tempat bagi tamadun terawal dan tertua di Asia Tenggara, dengan penemuan tinggalan kapal-kapal purba, relau melebur besi, jeti-jeti pelabuhan dan bangunan pentadbiran.

Apakah mungkin Trapusha dan Bhallika merupakan sekumpulan saudagar yang berdagang hasil besi, disamping lain-lain barang dagangan yang dihasilkan di Sungai Batu nun jauh sehingga ke Utara India?

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: