Tempatan

Parlimen Tergantung Kesan Bursa Malaysia Rugi RM7.32 Bilion

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

PETALING JAYA, 23 November 2022 – Situasi semasa pembentukan Kerajaan yang tergantung ketika ini turut memberi kesan kepada Bursa Malaysia yang menyaksikan kerugian dengan kumulatif permodalan pasaran berjumlah RM7.32 bilion.

Bursa Malaysia dilaporkan terus merosot pada 1,441.29, turun 6.67 mata, walaupun dibuka tinggi sedikit pada 1,449.3, menokok 1.34 mata daripada penutupan kelmarin disebabkan sentimen berhati-hati para pelabur.

Perkara ini mendapat perhatian Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dengan berkata, selagi pembentukan Kerajaan tidak dilakukan, maka para pengurus dana luar dan tempatan akan keluar dari pasaran dengan menjual saham-saham mereka.

“Keadaan itu seterusnya akan menukarkan mata wang ringgit kepada mata wang asing, sekali gus melemahkan mata wang negara,” katanya.

Tidak jauh beza dengan Pensyarah Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Dr Barjoyai Bardai dalam laporan lain berkata, keadaan negara sekarang mungkin akan memberi impak buruk kepada ekonomi dan nilai ringgit Malaysia.

Perkara itu dapat dilihat menerusi kejatuhan nilai ringgit dan pasaran saham yang merudum ketika ini.

“Apabila Kerajaan tidak dapat ditubuhkan, ini menyebabkan keresahan semua pihak.”

“Ini pernah berlaku kepada Belgium apabila Parlimen tergantung sehingga dua tahun dan menjadi kerajaan minoriti, pasaran saham menurun kerana mengambil kira sentimen ketika itu,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: