Dua Mangsa Tragedi Kepala Air Kemaman Akan Dapat Sumbangan PERKESO
KEMAMAN, 08 Julai 2023 – Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar mengesahkan dua daripada 10 mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman pada Sabtu lalu merupakan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Oleh itu, mereka layak mendapat sumbangan yang disediakan.
BACA JUGA: Kerajaan Komited Lindungi Hutan
BACA JUGA: Tragedi Banjir Taman Sri Muda: MBSA & KDEB Gagal Batal Saman Penduduk
BACA JUGA: Perlis Pasang Solar, Kurangkan Pelepasan Karbon
Dua mangsa tersebut ialah Karim Abdullah, 39, yang bekerja sebagai pemandu jengkaut dan Muhammad Fikri Saliman, 24, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Johor.
“PERKESO telah membuat semakan (selepas berlakunya tragedi kepala air) dan mendapati dua daripada mangsa itu mencarum dengan PERKESO.”
“Kakitangan PERKESO telah mengunjungi rumah mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada waris yang ada dan bantuan akan disampaikan dalam masa terdekat,” kata V. Sivakumar.
Dalam kejadian pada 01 Julai 2023, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor maut selepas dihanyutkan kepala air berikutan hujan lebat berlaku.