Tempatan

Dua Ceramah Ustaz Wadi Annuar Di Selangor Dibatalkan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 Mac 2023 – Dua ceramah Ustaz Wadi Annuar, seorang penceramah bebas yang dijadualkan di Selangor pada 10 dan 11 Mac ini dibatalkan, memetik kepada laporan sebuah berita tempatan.

Menurut berita itu, dua lokasi tersebut ialah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam dan Padang Astaka Tanjung, Karang, Selangor.

BACA JUGA: Terengganu Larang Ahli Politik Jadi Khatib Dan Imam Solat Jumaat

BACA JUGA: Langgar Etika Pengarahan, FDAM Mahu Pengarah ‘Mentega Terbang’ Mohon Maaf

BACA JUGA: SOSMA: Lebih 600 Orang Ditangkap Tahun Lepas – Menteri KDN

Manakala sebab kepada pembatalan ceramah tersebut tidak dinyatakan.

Beliau yang berkongsi pemberitahuan tersebut di Facebook turut menyesali akan kesulitan yang berlaku dan memaklumkan bahawa ceramah beliau bertempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan tetap berjalan seperti biasa.

Baru-baru ini, samudera.my melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membatalkan kuliah Maghrib penceramah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus berikutan tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama di negeri terbabit.

Kata laporan itu, kuliah tersebut dijadualkan berlangsung pada 26 Februari 2023 lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: