Tempatan

DS Anwar Ibrahim Sebagai Perdana Menteri Wajar Tubuhkan Jawatankuasa Bebas Untuk Kaji & Laksana Saranan Majlis Raja-Raja Berkaitan Ketidaklibatan Eksekutif Dalam Lantikan Kehakiman

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera:

1. Menurut peruntukan Perkara 122B (1) Perlembagaan Persekutuan:
” Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan (tertakluk kepada Perkara 122C) hakim-hakim yang lain Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.”

2. Justeru, dalam bahasa mudahnya, menurut undang-undang tertinggi negara yang sedia ada, KUASA untuk MENASIHATI akan Kebawah Duli YDP AGONG berkenaan lantikan jawatan Kehakiman adalah diletakkan di tangan seseorang Perdana Menteri.

3. Disebabkan kewujudan PERSEPSI di minda Rakyat bahawa seseorang Perdana Menteri, melalui kuasa yang ada di bawah Perkara 122B(1) itu, boleh mencampuri secara salah dalam urusan KEHAKIMAN, iaitu cabang ketiga dalam konsep SEMAK dan IMBANG di bawah falsafah dan semangat Perlembagaan Persekutuan, maka di atas permintaan ramai, Kerajaan telah pada tahun 2009 membentangkan dan meluluskan AKTA 695, iaitu AKTA SURUHANJAYA PELANTIKAN KEHAKIMAN, yang menubuhkan satu SURUHANJAYA yang dianggotai 9 orang, yang akan meneliti dan menentukan calon-calon yang dilantik sebagai HAKIM atau yang boleh dinaikkan pangkat kepada mana-mana kekosongan 4 jawatan tertinggi KEHAKIMAN itu, untuk dicadangkan kepada Perdana Menteri, bagi tujuan Perdana Menteri melaksanakan KUASA untuk MENASIHATI akan Kebawah Duli YDP AGONG berkenaan lantikan jawatan Kehakiman di bawah Perkara 122B(1) itu.

4. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit kelompongan dalam pelaksanaan niat murni AKTA 695 untuk cuba mengehadkan KUASA Perdana Menteri untuk MENASIHATI akan Kebawah Duli YDP AGONG berkenaan lantikan jawatan Kehakiman di bawah Perkara 122B(1) itu, kerana komposisi SURUHANJAYA LANTKAN KEHAKIMAN seramai 9 orang itu, menurut Seksyen 5(1) AKTA 695, memberikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk melantik 5 daripada 9 orang SURUHANJAYA itu, yakni satu jumlah majoriti anggota SURUHANJAYA ditentukan oleh Perdana Menteri itu!

5. Hatta, persoalannya adalah:
“Bagaimanakah KUASA Perdana Menteri berhubung lantikan dan kenaikan pangkat KEHAKIMAN boleh dikawal sebaiknya, jika Perdana Menteri itu juga yang akan melantik jumlah majoriti dalam SURUHANJAYA itu??!!”

6. Atas dasar itulah MAJLIS RAJA-RAJA yang telah bersidang pada 29hb dan 30hb November 2022, telah mengeluarkan TITAH SARANAN seperti yang dilaporkan MALAYSIAKINI 30.11.2022 bertajuk “Majlis Raja-Raja saran PM tak terlibat lantik hakim”: (https://www.malaysiakini.com/news/646369?fbclid=IwAR09ShbMM3UvNtFeOxSpiqr8QO7xb1cQpW3JfUv8jYQXdolyCuzT6GFWyxM)

“Majlis Raja-Raja Melayu mahu Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) bebas daripada pengaruh Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang mempengerusikan Majlis Raja-Raja ke-260 hari ini bertitah bahawa struktur JAC perlu dikaji semula.

JAC bertanggungjawab melantik hakim dalam badan kehakiman. Di bawah peraturan semasa, lima daripada ahli jawatankuasa dilantik oleh perdana menteri manakala baki empat lagi diisi oleh hakim yang memegang jawatan terkanan.

Tuanku Muhriz bertitah saranan ini bagi memastikan JAC bebas menjalankan tanggungjawabnya, lima hakim yang dilantik oleh Perdana Menteri itu sebaliknya perlu diamanahkan kepada institusi lain seperti Majlis Peguam Malaysia, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.”

7. Pada hakikatnya TITAH SARANAN oleh MAJLIS RAJA-RAJA itu bukan sahaja SIHAT dan BERNAS, malah merupakan dalam kuasa kesemua Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri-Negeri di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, apatah lagi menurut Perkara 122B(1) yang sama, penentuan keanggotaan dan kenaikan pangkat KEHAKIMAN adalah ” … oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, SELEPAS BERUNDING dengan MAJLIS RAJA-RAJA., maka ianya menjadi tanggungjawab MAJLIS RAJA-RAJA untuk keluarkan TITAH SARANAN sedemikian!

8. Justeru, ianya adalah amat terpenting untuk diberi SARANAN kepada Kerajaan DS ANWAR IBRAHIM supaya melaksanakan TITAH SARANAN oleh MAJLIS RAJA-RAJA itu, demi kebaikan negara dalam menentukan usaha pengasingan kuasa Eksekutif, Legislatur dan KEHAKIMAN dapat direalisasikan sebaiknya ke arah sebuah negara yang matang demokrasinya, melalui pembentukan sebuah JAWATANKUASA SELIDIK yang dianggotai bekas Hakim, bekas pengamal undang-undang dan bekas pegawai dari Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negeri Sabah dan Sarawak, untuk diberi tempoh munasabah selama 6 bulan untuk mengkaji, meneliti dan membuat rekomendasi pindaan-pindaan yang perlu kepada AKTA 695, terutamanya Seksyen 5(1) itu, dan juga akan Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan.

9. Begitu juga Kerajaan DS ANWAR IBRAHIM perlu tanpa kelengahan melaksanakan mana-mana rekomendasi JAWATANKUASA SELIDIK itu, melalui pembentangan RUU Pindaan kepada AKTA 695 dan Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat, sesegera mungkin, kelak.

DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!! DAULAT TUANKU!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

Pautan Asal: Facebook Haniff Khatri

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: