Antarabangsa

Drone Hizbollah Tembus Langit Israel Ketika Ketua Turus Tentera Israel Di Singapura

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LUBNAN, 20 Februari 2022 –  Kejayaan pihak Hizbollah membangunkan keupayaan drone UAV sehingga berupaya menembus masuk dan membuat pengintipan penuh 40 minit dalam ruang udara Israel, disambut dengan kejutan dan panik di sebelah pihak Israel.

BACA: Pesawat TUDM Malaysia Patah Balik, Tiada Slot Untuk #SgAirshow2022?
BACA: Israel Jadikan Kubur Ratusan Syuhada Nakbah Tempat Parking Kereta
BACA: Jangkitan Covid-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

Sebuah portal berita dari Iran, Tasnim News, menyiarkan berita berkenaan kejayaan pada Jumaat lepas. Berita ini disambut dengan kegusaran di pihak pasukan pertahanan Israel. Ini kerana sistem Iron Dome bernilai berbillion ringgit tidak dapat menjatuhkan drone tersebut seperti sepatutnya.

Jerusalem Post di dalam laporan terbarunya, menyiarkan kebimbangan ramai pihak berkenaan keupayaan drone Hizbollah yang semakin hari semakin cekap dan berupaya mengelak sistem keselamatan Israel.

Drone yang dinamakan sebagai “Hassan” dilaporkan berjaya menembusi langit tertutup Israel dan terbang membuat pengintipan lebih dari 40 minit tanpa berjaya ditembak jatuh. Drone itu malah selamat kembali ke Lubnan, tempat di mana ia dilancarkan pada awalnya.

Pihak Israel Defence Force (IDF), dalam kenyataan mereka mendedahkan bahawa drone tersebut berjaya dikesan awal dan dijejaki oleh pasukan pertahanan udara Israel. Siren dibunyikan di kawasan-kawasan terlibat. Pasukan pertahanan udara Israel menghantar helikopter dan jet pejuang untuk menjejaki drone tersebut. Sistem pertahanan udara Iron Dome dikatakan telah bertindak untuk menghalang drone tersebut tetapi gagal.

Kejadian ini berlaku ketika Ketua Turus Angkatan Tentera Israel, Aviv Kohavi, sedang berada dalam lawatan kerja ke Singapura. Beliau turut menghadiri Pameran Udara Antarabangsa di Singapura.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: