Tempatan

Dron Seludup Dadah, Kini Penjara Dilengkapi Sistem Antidron

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 14 Ogos 2024 – Penjara-penjara besar dan berisiko tinggi kini dilengkapi sistem antidron bagi mematahkan cubaan menyeludup dadah menggunakan dron.

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, antara sebahagian daripada 43 penjara seluruh negara itu ialah Penjara Kajang; Penjara Pokok Sena, Kedah; Penjara Machang, Kelantan dan Penjara Tapah.

“Tujuh kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman adalah hasil laporan yang dibuat oleh pihak kami (Jabatan Penjara).”

“Laporan berkenaan dibuat selepas pihak kami berjaya menjatuhkan dron-dron berkenaan ketika cuba menyeludup dadah hasil daripada sistem antidron yang dipasang,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JSJN, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes penyeludupan dadah menggunakan dron ke dalam penjara.

Ujarnya, mereka menumpukan siasatan sama ada kegiatan itu melibatkan individu-individu tertentu dan cubaan mengaburkan mata pihak polis dengan menggunakan alat tersebut.

Tegas beliau, “Kita akan siasat, sama ada berlaku salah laku membabitkan pihak atau individu tertentu, semua kita akan siasat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: