Antarabangsa

Kibar Bendera Palestin Boleh Jadi Kesalahan – Setiausaha Dalam Negeri UK

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UNITED KINGDOM, 11 OKTOBER 2023 – Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak polis di England dan Wales patut menganggap bendera Palestin, nyanyian serta beberapa simbol yang dipaparkan dalam beberapa konteks sebagai ucapan kebencian.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Braverman menerusi sepucuk surat arahan yang dihantar pada Selasa lalu.

Menurutnya, “Saya akan menggalakkan pihak polis untuk mempertimbangkan sama ada nyanyian-nyanyian seperti ‘From the river to the sea, Palestine will be free’ perlu difahami sebagai penzahiran keganasan untuk menyaksikan Israel lenyap daripada dunia ini, dan sama ada ianya digunakan dalam beberapa konteks yang boleh menjadi kesalahan berkenaan ketenteraman awam seksyen 5 yang memburukkan perkauman”.

“Konteks adalah sangat penting. Tindakan yang sah dalam beberapa keadaan, contohnya seperti mengibarkan bendera Palestin, boleh menjadi satu kesalahan apabila ianya diniatkan untuk membesarkan tindakan-tindakan terrorisme”.

Beliau menerusi kenyataan yang sama juga turut menyeru agar tindakan diambil terhadap mereka yang memandu melalui kawasan-kawasan kejiranan Yahudi, menyanyi dan mengibarkan simbol-simbol Palestin terhadap orang Yahudi.

Braverman juga menyatakan bahawa mana-mana protes yang dapat “memburukkan lagi ketegangan masyarakat dengan menyinggung perasaan, nyanyian atau mana-mana tingkah laku dapat ditafsirkan sebagai gangguan atau hasutan”.

United Kingdom sebelum ini telah mengisytiharkan sokongan terhadap Israel dalam konflik yang berlaku di antara entiti haram tersebut dengan Hamas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: