Antarabangsa

Daftar Biometrik, Worldcoin Bayar Manusia Buktikan Bukan AI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CALIFORNIA, 25 Julai 2023 – Worldcoin, sebuah projek yang melibatkan verifikasi ID digital yang bertujuan untuk membezakan di antara manusia dengan AI dengan membuat pengimbasan mata menggunakan ‘Orb’ dan menyimpan identiti mereka pada blockchain, telah melancarkan token crypto dengan nama yang sama Isnin lalu.

Laman web projek tersebut menyifatkan token tersebut sebagai “sebuah matawang digital yang diterima hanya kerana menjadi manusia”.

BACA JUGA: Peguam Rayu Permohonan Murtad Wanita Dibenarkan

BACA JUGA: Penonton Konsert The 1975 Perlu Mohon Keampunan Allah – Mufti Pulau Pinang

BACA JUGA: LGBTQ Serang Umat Islam, Mula Doktrin Kanak-Kanak

Worldcoin menerusi sebuah kenyataan pada laman web mereka turut mendakwa bahawa token tersebut dapat “meningkatkan peluang ekonomi secara drastik, memberi skala penyelesaian yang diyakini bagi membezakan di antara manusia dan AI dalam talian dan pada masa yang sama mengekalkan privasi, membolehkan proses-proses demokrasi global dan menunjukkan laluan berpotensi untuk ‘AI-funded UBI’.

Namun sehingga kini, penggunaan token Worldcoin itu kelihatan terhad hanya dalam memberi ganjaran kepada mereka yang mendaftar masuk menyertai Worldcoin sahaja.

Namun batasan tersebut tidak penghalang pertukaran dengan jenama crypto yang besar seperti Binance, OKX, Huobi, Bybit dan Gate, di mana semua jenama tersebut adalah di antara pengkalan-pengkalan yang mula menawarkan kepada pelanggan mereka akses untuk berdagang dalam WLD.

Pengguna Worldcoin perlu berada secara fizikal di lokasi tertentu untuk melakukan proses imbasan mata menggunakan ‘Orb’ dalam memperoleh sesuatu yang seperti pasport digital sedunia.

Akan tetapi, terdapat kritikan terhadap ekosistem yang digunakan oleh Worldcoin yang menyifatkan bahawa ianya adalah seperti serangan distopia terhadap privasi yang dibina di atas eksploitasi terhadap orang-orang miskin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: