Antarabangsa

Drama Rantaian Netflix Dituduh Plagiat Komik Brazil

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

BRAZIL, 28 November 2022 – Penulis buku komik Brazil, Mary Cagnin tampil ke hadapan dan mendakwa beberapa bahagian siri Netflix baharu “1899” dicuri daripada salah satu karyanya.

“Saya terkejut, siri ‘1899’ adalah sama dengan komik saya ‘Black Silence,’ yang diterbitkan pada 2016,” ujarnya dalam Twitter, menurut laporan portal antarabangsa.

Katanya lagi, pencipta siri itu menemui karyanya di konvensyen komik antarabangsa.

Mary selanjutnya mendedahkan bahawa terdapat “banyak kes gringo meniru kami,” sama ada dalam filem, siri atau muzik. Beliau menyatakan, pengarang Kanada untuk buku dan filem hit, “Life of Pi,” Yann Martel, yang mengakui filem tersebut diilhamkan dari buku Brazil.

Peminat komik ‘Black Silence’ telah mula memberikan bukti, memperincikan adegan, watak dan simbol yang mereka fikir diambil oleh pasukan “1899”.

Walau bagaimanapun, peminat “1899” mengatakan contoh yang disebutkan adalah elemen asas genre fiksyen sains dan tidak boleh dituntut secara khusus.

Bagi Baran Bo Odar dan Jantje Friese, pencipta siri “1899” dan siri hit antarabangsa “Dark”, mereka merasakan telah dituduh secara salah dan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui hasil kerja Mary Cagnin.

Pasangan itu menyatakan bahawa mereka tidak akan pernah mencuri daripada artis lain, kerana, mereka juga adalah artis sendiri. Kes itu kini dalam perbincangan peguam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: