Tempatan

OPR Naik Lagi – Apa Maknanya ?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Sebagaimana yang telah dijangkakan, walau apa pun rintihan kita, BNM tetap akan menaikkan kadar OPR.

Memang betul kenyataan Gabenor BNM, apabila kadar OPR dinaikkan, itu menunjukkan ekonomi semakin kukuh.

Cuma soalannya ekonomi siapa yang semakin kukuh tu ?

Sudah pastilah ekonomi para kapitalis yang menjadi tuan punya kepada sistem kewangan dan perbankan global yang semakin kukuh.

Manakala ekonomi rakyat atau masyarakat awam pula akan semakin goyah dan merudum.

Ini kerana mekanisme sistem kewangan dan perbankan yang ada adalah bertujuan untuk menjadikan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Sebagai contoh, apabila rakyat susah. Minta bantuan kepada kerajaan. Kerajaan beri bantuan kewangan.

Bila dapat wang dari kerajaan, rakyat belanjakan wang tersebut. Dan segala barangan keperluan rakyat terpaksa beli dari para kapitalis.

Bukankah para kapitalis juga yang akan semakin kaya nanti ?

Kesimpulannya, dalam keadaan apa sekalipun para kapitalis akan tetap untung.

Itulah hakikat yang perlu difahami dan diterima oleh semua orang walaupun pahit dan menyakitkan.

Dalam keadaan seperti hari ini, tidak ada satu pemimpin dan tidak ada satu dasar atau kaedah pun pada masa ini yang mampu mengubah hakikat itu.

Naik turun sepuluh pemimpin pun kalau dari kalangan yang ada pada hari ini, keadaan tetap tidak akan berubah.

Ini kerana mereka tidak ada keberanian dan kemampuan untuk mengeluarkan kita semua dari kawalan sistem yang sedang membelenggu kita pada hari ini.

Kemampuan yang mereka ada hanyalah sekadar bergaduh, berebut kuasa dan saling menuding jari untuk menyalahkan antara satu sama lain.

Sistem yang ada pada hari ini sudah terlalu korup. Sebab itu ia perlu direset semula @ direboot semula setiap 100 tahun sekali.

Proses inilah yang telah dan sedang berlaku di seluruh dunia.

Sebab itu dunia perlu dilockdown @ dishut down.

Dan untuk melakukan proses tersebut, Pandemik Covid 19 di perlukan.

Maka satu dunia dilockdown @ dishut down akibat serangan Covid 19 yang kononnya sangat merbahaya.

Tujuannya adalah untuk mereset sistem monetari dan kewangan dunia.

Maka kita sebagai sebuah negara yang sudah seperti lembu yang dicucuk hidungnya oleh para elit global sekadar menuruti sahaja sebarang perintah dan arahan yang diberikan oleh para elit global yang menjadi Tuan Besar kita.

Kita akan terus menjadi hamba dan akan terus menghambakan diri kita kepada Tuan Besar kita sampai bila-bila.

Keadaan ini hanya akan berubah apabila ada seorang pemimpin dikalangan kita yang bangkit dan berani untuk membuat perubahan besar untuk membebaskan kita dari cengkaman para elit global.

Sehingga pemimpin yang seperti ini muncul di tengah-tengah kita maka bertahan dan bersabarlah.

Sementara itu, kita semua perlu sedar bahawa kita tidak ada pilihan lain selain dari berjuang secara bersendirian atau dalam kelompok-kelompok yang kecil.

Untuk melakukan itu, kita perlu mengubah mindset kita, belajar untuk memahami mekanisme sistem yang kita gunakan pada hari ini dan gunakan pengetahuan tersebut demi kepentingan diri kita.

Kita harus berjuang untuk mengeluarkan diri kita dan membebaskan diri kita dari sistem perhambaan moden ini.

Pasca Pandemik Covid 19, dunia sudah berubah. Oleh yang demikian eloklah kita juga turut berubah sama.

Bina mindset baru. Pelajari ilmu dan skil-skil baru dalam dunia baru ini untuk menjana pendapatan.

Kenali dunia baru ini. Pelajari kelebihan dan kelemahannya. Peluang dan ancaman yang ada didalamnya.

Jangan berharap dengan kerajaan. Tidak akan ada kerajaan di dunia pada masa ini yang mampu membela rakyatnya. Ini kerana para pemimpinnya adalah proksi-proksi kepada para elit global.

Ini masa untuk mereset diri dan belajar untuk berdikari. Jadi melaburlah kepada diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum melabur ke tempat lain.

Kesimpulannya, apabila OPR semakin naik maka yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.

Think correctly and act accordingly.

Al Fakir Ilallah

Dato’ Dr Ramalan Yunus

Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas

6 Mei 2023

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: