Tempatan

Dr Maszlee Malik Disiasat SPRM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISNIN, 31 Januari 2022 – Dr Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan Malaysia suatu ketika dahulu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dua aduan yang dibuat kepada SPRM terhadap beliau.

Dua aduan berkenaan korupsi dan penyalahgunaan dana telah dibuat ke atas Ahli Parlimen Simpang Renggam tersebut, menurut SPRM.

“Berdasarkan undang-undang, proses siasatan perlu dilakukan apabila kita ada terima aduan rasmi berkenaan salahlaku rasuah dan penyalahgunaan dana,” ujar SPRM seperti yang dilaporkan portal The Vibes.

Terdahulu, beberapa orang pegawai Dr Maszlee Malik di pusat khidmat masyarakat Simpang Renggam telah dikunjungi penguatkuasa SPRM yang bertanyakan soalan berkaitan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan terbabit.

Dr Maszlee Malik bagaimanapun menepis tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai percubaan untuk memburukkan nama beliau berikutan Pilihanraya Negeri (PRN) Johor yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

“Saya lihat ini sebagai sebuah cubaan ‘character assasination’ (memburukkan) ke atas saya dengan niat yang tidak baik oleh sesetengah pihak, menjelang PRN Johor…,” ujar beliau seperti yang dilaporkan portal Free Malaysia Today.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: