Tempatan

Selepas Muafakat Nasional, Shahidan Kassim Aktifkan NGO Perpaduan Ummah Satukan Melayu-Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Disember 2022 – Datuk Seri Shahidan Kassim menggerakkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang digelar Perpaduan Ummah dalam usaha menyatukan orang Melayu-Islam di Malaysia.

“Ahli UMNO yang merasakan hilang kepercayaan kepada pemimpin mereka juga amat digalakkan untuk menyertai NGO ini dan bersama-sama menjunjung usaha ke arah penyatuan ummah,” katanya.

Hal ini adalah susulan daripada NGO Muafakat Nasional yang diaktifkan oleh Tan Sri Annuar Musa sehingga berjaya mengumpulkan lebih kurang 10,000 peserta untuk pertubuhan tersebut.

Sebelum ini, Shahidan pernah menyatakan bahawa beliau telah menubuhkan NGO yang telah didaftarkan sejak dua minggu lalu dan akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Buat masa sekarang, terdapat keahlian daripada PAS dan Bersatu yang mana saya turut mempelawa ahli UMNO untuk turut serta dalam pertubuhan ini.”

Mengulas lanjut, penubuhan NGO ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan ummah dengan melibatkan Bumiputera Islam supaya terus menabur bakti kepada masyarakat.

Malah, beliau juga yakin bahawa NGO ini mampu membela kebajikan rakyat secara menyeluruh dan akan menjadi sebuah pertubuhan yang lebih hebat daripada sebuah parti kerana menghimpunkan tenaga kerja dan kepakaran tanpa mengira latar belakang politik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: