Tempatan

DPPNT Bantah Konsert Galau UMT, Hormat Budaya Islam Tempatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA NERUS, 15 Jun 2023 – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) membantah penganjuran konsert Malam Galau UMT 2023 yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), baru-baru ini.

Menurut Ketua DPPNT, Ustaz Mohd Harun Esa, konsert berkenaan jelas menjadi duri dalam daging bagi meracuni pemikiran dan budaya rakyat Terengganu yang jelas mengotorkan pemikiran anak muda dengan budaya hedonisme.

Kata beliau, penganjuran konsert perlulah mengambil kira sensitiviti agama dan masyarakat di negeri tersebut.

BACA JUGA: Ladang Durian Haram: Beri Lesen ‘Kegilaan Melampau’, Warga Raub Digesa Bantah!

BACA JUGA: Tasik Chini Kekal Status Rizab Biosfera UNESCO

BACA JUGA: Kerajaan Pahang Tanggung Baki Kos Perubatan Adik Athif

Sehubungan itu, DPPNT menyeru pihak UMT untuk mengambil tindakan segera terhadap penganjuran konsert tersebut yang jelas melampaui garis panduan hiburan yang telah digariskan oleh kerajaan Negeri dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

DPPNT turut menyeru semua pihak termasuk universiti, mahasiswa dan komuniti setempat untuk bekerjasama dalam memastikan acara-acara sedemikian dijalankan dengan sempurna, mematuhi peraturan dan menghormati norma sosial yang wujud.

Baru-baru ini, tular sebuah video konsert yang kononnya berlangsung di dewan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Terengganu.

Susulan penularan video berkenaan, kerajaan Negeri Terengganu akan melakukan siasatan berhubung video tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: