Antarabangsa

Dosa Perhambaan 250 Tahun Lama, Belanda Mohon Maaf

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BELANDA, 21 Disember 2022 – Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Isnin lalu telah membuat permohonan maaf bagi pihak pentadbirannya berkenaan dengan sejarah Belanda dalam isu perhambaan serta jual beli hamba.

Rutte nekad berbuat permohonan maaf tersebut walaupun terdapat gesaan untuk beliau menunda kenyataan maaf yang sudah lama dinanti-nantikan itu.

Kenyataan maaf Rutte itu telah dimuatkan dalam sebuah ucapan yang berdurasi 20 minit yang mana ianya telah membuatkan jemputan yang berada di Arkib Negara itu terdiam.

Beliau tetap meneruskan permohonan maaf tersebut walaupun terdapat beberapa kumpulan aktivis di Belanda telah menggesa beliau agar menunda permohonan maaf tersebut sehingga 1 Julai tahun hadapan yang mana ianya adalah tarikh bagi ulang tahun penghapusan perhambaan pada 160 tahun lalu.

Para aktivis tersebut menganggap tahun hadapan sebagai tarikh ulang tahun ke 150 berikutan ramai daripada orang yang diperhambakan itu telah dipaksa untuk terus bekerja di ladang-ladang selama 10 tahun walaupun setelah pemansuhan perhambaan.

Sebahagian daripada aktivis juga turut pergi ke mahkamah pada minggu lalu dalam usaha untuk menghalang Rutte daripada membuat permohonan maaf itu namun mereka gagal. Dalam memberi maklum balas berkenaan dengan tuntutan para aktivis itu, Rutte telah membuat sebuah kenyataan pada Isnin lalu dengan menyatakan,

“Kita tahu tiada satu masa yang baik untuk semua orang, tiada perkataan-perkataan yang tepat bagi semua orang, tiada tempat yang tepat untuk semua orang.”

Sebelum ini, kerajaan Belanda pernah menzahirkan kekesalan mereka terhadap perbuatan mereka pada masa lalu yang berkaitan dengan perhambaan namun tiada permohonan maaf secara formal yang dibuat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: