Tempatan

Kenapa PDRM Tak Siasat Penderhakaan Terhadap Raja? – Prof Dato’ Mahamad Naser Disa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PUTRAJAYA, 04 September 2021 – “Kenapa PDRM tidak siasat kesalahan bagi jenayah treason (penderhakaan) sejak 15 tahun lalu walaupun bukti-bukti sudah ada?” persoal Profesor Dato’ Mahamad Naser Disa.

Ujarnya, ciapan di Twitter minggu lalu adalah hasil daripada sikap PDRM yang tidak mengambil tindakan terhadap pemikiran penderhaka ini sejak dahulu lagi.

“Sebab itulah sekarang ramai yang sudah berani biadap misalnya menyebut Revolusi Perancis. Lihat juga kepada ciapan status Twitter Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi pada Mei 2021 yang lalu berbunyi ‘Qu’ils mangent de la brioche‘ yang membawa maksud ‘biarkan mereka makan kuih’ merujuk kepada gambar kek cawan yang disediakan oleh Tunku Azizah kepada petugas barisan hadapan yang turut tular di media sosial ketika itu.”

“Ayat yang serupa juga digunakan oleh pengikut Revolusi Perancis terhadap permaisuri mereka dan ayat ini popular pada era Revolusi Perancis ketika pemerintahan Raja Louis XVI yang membawa kemarahan rakyat menyebabkan terjadinya revolusi di negara tersebut sehingga membawa kepada terbunuhnya raja mereka,” tambah Profesor Dato’ Mahamad Naser.

Ujarnya lagi, “Adun Kota Anggerik itu membuat ciapan yang terang-terangan cuba menjatuhkan imej Raja Permaisuri Agong selain dilihat cuba memainkan sentimen kebencian kepada rakyat dan memburukkan Raja Permaisuri Agong dengan ayat berkenaan.”

Jelas Profesor Dato’ Mahamad Naser, semua perkara ini bukan benda baharu dalam pemikiran remaja kita tetapi ianya sudah lama diterapkan termasuklah video Wan Ji yang tular pada tahun 2017 mengatakan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara Republik menjelang 2030.

“Bagaimanapun, Wan Ji sudah menulis di dalam blognya pada tahun 2007 dengan menyatakan dia sangat terpengaruh dengan pemikiran Anti Monarki manakala pemikirannya itu turut disokong oleh Dr Maza dan juga Dr Juanda termasuklah Dr Maszlee Malik ketika itu.”

Katanya lagi, jenayah penderhakaan terhadap Raja-Raja tidak perlu dibuktikan dengan unsur kekerasan. Cukup dengan kenyataan atau sebarang bentuk usaha sudah memadai untuk membuktikan elemen kesalahan ini.

“Misalnya, kenyataan Wan Ji nak buang Sultan-Sultan pada tahun 2030, itu perbuatan jenayah treason yang sudah lebih 10 tahun tapi tak disiasat oleh Bukit Aman.”

“Bayangkan pemikiran beliau amat luas pengaruhnya di kalangan generasi muda hari ini termasuklah kepada remaja Islam maupun bukan Islam, kerana beliau juga dibantu oleh parti-parti politik DAP, PAN dan PKR sendiri untuk mengembangkan pemikiran penderhakaan itu.”

Tambah Profesor Dato’ Mahamad Naser, penyiasatan untuk kesalahan-kesalahan di bawah Bab VI Penal Code termasuk Seksyen 121B Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang perlu disiasat menurut SOSMA, ertinya pembuktiannya mudah.

“Bahan bukti ICT juga diterima pakai, malah Seksyen-Seksyen 121C dan 121D juga menjadikan kesalahan kepada mereka yang bersubahat dengan penderhaka ini atau mereka yang cuba menyembunyikan bukti-bukti penderhakaan itu.”

“Kita sedang menuju perangkap penderhakaan melalui gerakan subversif iaitu gerakan secara senyap dan sampai bila kita hendak memberi muka kepada puak-puak penderhaka ini?” ujarnya mengakhiri perbualan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: