Antarabangsa

Dos Ke-4 Vaksin Satu Keperluan – CEO Pfizer

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 16 Mac 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla berkata suntikan keempat vaksin COVID-19 perlu diambil kerana dua suntikan awal serta dos penggalak tidak dapat melindungi orang ramai dari semua varian COVID-19.

Beliau menyatakan bahawa kebanyakan individu perlu mendapatkan suntikan keempat itu untuk terus melindungi diri dari koronavirus berikutan kekuatan pada vaksin yang sedia ada akan berkurangan.

Bahkan, beliau mengakui bahawa keputusan untuk mengambil dos keempat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Pada masa ini, perlindungan yang anda peroleh daripada suntikan dos ketiga sudah cukup baik untuk mengelakkan kemasukan ke hospital dan sakit teruk, namun ia tidak begitu baik untuk melawan jangkitan serta tidak dapat tahan lama,” ujar Boula menerusi satu temubual dalam “Face the Nation” Ahad lalu.

“Kami sedang berusaha dengan gigih untuk menghasilkan bukan saja vaksin yang dapat melindungi manusia daripada semua varian termasuk Omicron, malah dapat memberi perlindungan sekurang-kurangnya setahun,” katanya.

Januari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan sebanyak 56 peratus dari kes radang jantung yang dikesan adalah berkaitan dengan vaksin Pfizer, 36 peratus membabitkan Sinovac dan 8 peratus lagi melibatkan AstraZaneca.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis telah dikesan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima vaksinasi COVID-19.

Perkara itu sekaligus menimbulkan kebimbangan sebahagian rakyat Malaysia terhadap vaksin yang menggunakan teknologi ‘Messenger Asid Ribonukleik’ (mRNA) itu.

Justeru, Dr Noor Hisham menyeru rakyat Malaysia agar mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 bagi melindungi diri dan keluarga sebagai salah satu usaha dan bersiap siaga bagi menyambut Hari Raya nanti.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: