Tempatan

Ribuan Babi Tempatan Dibunuh Elak Demam Babi Afrika

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SARAWAK, 05 Mac 2022 – Lebih 2,000 ekor babi ternakan di Sarawak terpaksa dibunuh bagi mengelakkan penyebaran demam babi Afrika sejak ia mula merebak pada Mac tahun lalu.

Setakat ini, 6 kawasan di bahagian utara Sarawak telah diisytiharkan sebagai kawasan kawalan jangkitan penyakit demam babi Afrika, menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud.

Penyakit demam babi Afrika ini adalah penyakit pendarahan yang sangat mudah berjangkit dan boleh membawa maut, menurut Dr Adrian.

Virus ini merebak dari seekor babi kepada babi yang lain menerusi sentuhan secara langsung, atau sentuhan dengan makanan yang telah dicemari virus atau dari sentuhan kutu dan vektor lainnya.

Tiada vaksin yang berkesan bagi mengatasi masalah wabak ini dan penyakit ini telah diklasifasikan sebagai penyakit Senarai A dengan kematian sehingga 100% oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia.

Penyakit itu membawa kematian kepada babi, tetapi kesan jangkitannya terhadap manusia atau haiwan lain masih belum lagi diketahui.

Bagi membendung wabak ini dari merebak, Timbalan Perdana Menteri Douglas Uggah telah merayu penduduk rumah panjang supaya berhenti menternak dan menyembelih babi mereka buat sementara waktu.

Beliau bertindak sedemikian susulan menerima banyak aduan daripada penduduk rumah panjang tentang kematian kebanyakan ternakan babi mereka disebabkan oleh penyakit demam babi Afrika tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: