Tempatan

Ajaran Sesat Hadi Minallah: Majlis Fatwa Perlu Bersidang – Idris Ahmad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2022 – “Ajaran sesat Hadi Minallah ini perkara baharu, kena ada fatwa dahulu, Majlis Fatwa Kebangsaan kena bersidang lepas itu buat keputusan kemudian baru boleh bertindak. Kalau ada tempat diketahui ada ajaran sesat, kalau perkara itu betul berlaku perlu hubungi segera Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing,” tambah beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengenai ajaran sesat Hadi Minallah yang didakwa berlaku di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini, lapor media tempatan.

Terdahulu, samudera.my melaporan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang usaha anggota ajaran sesat itu daripada mencemari pemikiran rakyat negeri tersebut.

Pengerusi JAINJ, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang akan diambil terhadap kumpulan ajaran sesat tersebut selain pihak penguat kuasa sudah sedia maklum mengenai pergerakan kumpulan ajaran sesat yang berniat menyebarkan fahaman menyeleweng itu.

Menurut sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Akademi Penyelidikan Agama Dunia (AkPAD) sebelum ini, ajaran yang berasal dari Indonesia itu diasaskan oleh Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminuddin Ahmad dan didakwa menyebarkan beberapa fahaman sesat seperti akidah sesat Nur Muhammad, fahaman pluralisme agama, fahaman makrifat yang menyesatkan bahkan mengaku bahawa beliau bukan Islam serta tidak mempunyai agama.

Bukan itu sahaja, tular juga sebuah video yang menunjukkan isteri-isteri pengikutnya secara sukarela bersentuhan dengan beliau sewaktu Majlis Konvokesyen Sijil Penamat Risalah Bab Bersih, Perhimpunan Asia 2022 Risalah Bab Kesucian di Langkawi pada 10 hingga 13 Jun lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: