Antarabangsa

Dominasi Dolar Amerika Bakal Berkubur – Tokoh Perniagaan AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 19 Mei 2023 – Dolar Amerika Syarikat (AS) kini semakin kehilangan pengaruh dan dominasinya dalam kedudukan global sebagaimana yang telah dinyatakan oleh seorang pelabur terkenal, Jim Rogers.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sewaktu di dalam sesi temu bual dengan agensi berita Sputnik pada Rabu lalu.

Rogers yang juga merupakan salah seorang pengasas Quantum Fund menyatakan bahawa semakin hari, semakin banyak negara yang kini enggan menerima matawang tersebut berikutan pergantungan terhadap matawang Dolar AS.

Ini berikutan kebergantungan terhadap penggunaan matawang tersebut akan membawa kepada pelbagai masalah. Menurutnya lagi,

“Ramai kawan-kawan di AS kini berpindah, mencuba untuk mencari sesuatu yang lain dan yang paling penting, untuk menggantikan Dolar AS”.

Menurut pelabur itu lagi, matawang antarabangsa sepatutnya mempunyai status yang neutral secara mutlak. Status tidak neutral yang dilakukan oleh White House, ditambah dengan kebimbangan terhadap tahap kelayakan kredit AS, telah menjejaskan kualiti matawang itu.

Rogers turut menerangkan bahawa semakin banyak negara kini mencari alternatif bagi menggantikan Dolar AS, dengan keadaan terkini di mana Yuan China dapat menggantikan matawang AS itu dalam pelbagai urusan antarabangsa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: