Tempatan

Kenyataan Media Palsu: Pejabat Peguam Negara Perlu Buat Laporan Polis! – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEJABAT PEGUAM NEGARA WAJAR MEMBUAT LAPORAN POLIS UNTUK SIASIATAN TEGAS OLEH PIHAK BERKUASA POLIS BERKAITAN PENGGUNAAN NAMA PEGUAM NEGARA & JATA NEGARA DALAM PENYEBARAN MAKLUMAN PALSU BERHUBUNG PENDAKWAAN KE ATAS KETUA SETIAUSAHA NEGARA & BUKAN SEKADAR MEMBUAT PENAFIAN TEGAS BERKAITAN ISU INI!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:

1.Sejak semalam, telah tertular secara meluas di media sosial satu KENYATAAN MEDIA yang kononnya bertarikh “05.05.2023” dan kononnya dilkeluarkan oleh “PEGUAM NEGARA MALAYSIA” yang kononnya bertajuk “PENDAKWAAN KE ATAS TAN SRI ZUKI BIN ALI – KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN)”.

344198720_1242443923055327_1292889182866641934_n.jpg?resize=206%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

2. Pada pagi ini, Ahad, 07.05.2023 Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan satu KENYATAAN RASMI seperti dipetik MALAYSIAKINI 07.05.2023 bertajuk “AGC nafi keluar kenyataan berhubung pendakwaan Zuki Ali” yang menyatakan:

“Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Tan Sri Mohd Zuki Ali.

AGC dalam kenyataan di Putrajaya hari ini berkata penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke atas Tan Sri Zuki Bin Ali – Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.

Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu dakwaan terhadap Tan Sri Zuki Ali.

Pemerhatian terhadap kenyataan palsu itu mendapati nama KSN adalah tidak tepat.

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.”

(Link Laporan MALAYSIAKINI 07.05.2023 berkaitan: https://www.malaysiakini.com/news/664248)

342823381_235845352459670_7369595356121606275_n.jpg?resize=285%2C300&is-pending-load=1#038;ssl=1

3. Penggunaan JATA NEGARA secara PALSU, serta penggunaan nama Agensi Persekutuan seperti Jabatan Peguam Negara, juga secara PALSU dan penyebaran MAKLUMAN PALSU berkaitan kewujudan satu pendakwaan ke atas penjawat awam tertinggi negara seperti KETUA SETIAUSAHA NEGARA sememangnya adalah satu kesalahan besar dan berjumlah kepada JENAYAH yang menggugat keselamatan negara dengan menampilkan kerisauan dalam kalangan Rakyat Malaysia berkaitan perkara yang tidak benar di tahap tertinggi!

4. Justeru, ianya adalah satu tindakan SEGERA yang perlu dipuji di pihak Pejabat Peguam Negara untuk mengeluarkan KENYATAAN RASMI berkaitan KEPALSUAN MAKLUMAN berkenaan yang disebarkan melalui “KENYATAAN MEDIA 05.05.2023” yang PALSU berkenaan.

5. Sememangnya, jika pada hakikatnya ada mana-mana penjawat awam tertinggi seperti KETUA SETIAUSAHA NEGARA ada melakukan apa-apa jenayah, maka prinsip kedaulatan undang-undang mewajibkan tindakan tegas wajar diambil terhadapnya, tanpa was-was. Namun, pada masa yang sama, jika ada mana-mana PEMALSUAN makluman penting seperti itu dilakukan oleh sesiapa sahaja maka, tindakan tegas menurut undang-undang jenayah perlu juga diambil terhadap pihak salah berkenaan melalui siasatan POLIS yang lengkap yang perlu didahului dengan satu Laporan Polis oleh Jabatan Peguam Negara berhubung perkara itu.

6. Hatta, walaupun, ianya adalah satu tindakan SEGERA yang perlu dipuji di pihak Pejabat Peguam Negara untuk mengeluarkan KENYATAAN RASMI berkaitan KEPALSUAN MAKLUMAN berkenaan, namun pada masa yang sama ianya adalah DISARANKAN kepada TS IDRUS HARUN bahawa ianya amat terpenting unuk Jabatan Peguam Negara sesegera mungkin membuat LAPORAN POLIS berhubung pekara ini sesegera mungkin supaya pihak berkuasa POLIS dapat memulakan sisatan untuk mengenal pasti “dalang” di sebalik kewujudan dan penyebaran “KENYATAAN MEDIA 05.05.2023” yang PALSU berkenaan, dan seterusnya diambil tindakan pendakwaan Jenayah yang berpadanan terhadap pihak berkenaan.

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA!!!

Pautan Asal: FB Haniff Khatri

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: