Tempatan

Wahabi Terkeluar Dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah – Mufti Perak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 16 Oktober 2023 – Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh telah menyatakan bahawa fahaman Wahabi adalah salah satu fahaman yang telah terkeluar dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi Deklarasi Ipoh yang dibuat sewaktu berlangsungnya Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ipoh pada Khamis lalu.

Menurut Wan Zahidi, cabaran utama terhadap pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada akhir-akhir ini adalah daripada golongan yang berfahaman Wahabi yang mana ianya diasaskan di Dariyah, Arab Saudi oleh Muhammad Abdul Wahab.

Bahkan beliau turut mendedahkan bahawa pemahaman agama di negara ini sejak dua abad lalu telah didominasi oleh golongan yang berfahaman Wahabi.

Selain daripada fahaman Wahabi, beliau turut menyatakan bahawa fahaman seperti Syiah, Khawarij, Mujassimah, Mushabbihah, Muktazilah, Batiniyyah, Pluralisme, Sekularisme, dan beberapa fahaman lain adalah turut terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau seterusnya memberi penerangan tentang kepentingan penegasan semula tentang definisi Ahli Sunnah Wal Jamaah serta memperkenalkan kembali tokoh-tokoh utama metodologi ini dalam usaha memelihara akidah umat Islam daripada terpesong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: