Tempatan

Doktor Bantu Promosi Makanan Tambahan Boleh Dikenakan Tindakan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Julai 2022 – Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menyatakan bahawa mana-mana doktor yang terlibat dalam iklan promosi produk kosmetik atau makanan tambahan boleh dikenakan tindakan.

Jelas beliau, adalah salah sekiranya syarikat kosmetik atau makanan tambahan menggunakan doktor dalam pengiklanan mereka.

“Dalam Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mereka (syarikat kosmetik atau produk makanan tambahan) tidak boleh menggunakan profesional doktor sebagai contoh untuk hadir dalam iklan bagi mempromosikan atau mengesyorkan produk itu,” tegas beliau, seperti yang dilaporkan Sinar.

“Tindakan yang seolah-olah membuat iklan adalah salah (dilakukan oleh doktor) dan kalau berlaku kita akan siasat dan ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” tambahnya lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa badan yang bertanggungjawab mengawalselia amalan doktor akan disalurkan maklumat mengenai sebarang penglibatan oleh mana-mana doktor dalam kegiatan berkenaan.

Beliau kemudiannya meminta orang ramai untuk memberikan kerjasama sekiranya ada sebarang salah laku sedemikian didapati, terutamanya di media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: