Antarabangsa

Anjing Gonggong Tangan Manusia Bawa Penemuan 53 Plastik Berisi Mayat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IRAPUATO, MEXICO, 23 November 2022 – Kewujudan seekor anjing yang merayau menggonggong tangan manusia membawa kepada penemuan kira-kira 53 beg plastik berisi mayat di bandar Irapuato, Mexico, lapor sebuah portal berita tempatan.

Kata pengasas sebuah organisasi yang mencari orang hilang, Bibiana Mendoza, beliau telah pergi ke bandar berkenaan untuk mencari saudara lelakinya selepas mendengar beberapa laporan yang mengatakan terdapat anjing merayau-rayau sambil menggonggong tangan manusia.

“Ketika orang ramai datang dari seluruh dunia untuk menonton acara Cervantino, kami menggali mayat dan pada masa sama, saya berpendapat perbuatan kami ini hanya sia-sia kerana lebih ramai mangsa ditanam di kawasan-kawasan lain di bandar ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mendoza turut bekerjasama dengan pakar-pakar forensik untuk mengenal pasti identiti mayat yang ditemukan.

Lapor berita itu lagi, Irapuato yang termasuk dalam Negeri Guanajuato merupakan negeri yang mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi berbanding 32 negeri yang lain.

Keganasan sering tercetus susulan persengketaan antara dadah Jalisco dan Sinaloa yang berlaku sejak bertahun-tahun.

Julai lalu, pihak berkuasa Mexico telah memberkas Rafael Caro Quintero, anggota kepada kartel dadah Guadalajara, satu daripada tiga kartel terbesar Mexico.

Ogos lalu pula, sebuah portal melaporkan, seorang ketua polis yang baru dilantik beberapa jam maut selepas ditembak di kepala beberapa kali oleh geng kartel dadah Sinaloa semasa sedang melakukan rondaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: