Tempatan

Doakan Adik Ainul Mardhiah Kini Kritikal Dan Tenat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2022 – Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang pernah menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan agak tenat serta kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Menurut ibunya, Nurul Erwani Zaidi dalam hantaran di Instagramnya, selepas pemeriksaan dilakukan kepada Ainul Mardhiah, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuhnya.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memaklumkan jangkitan sudah merebak ke seluruh tubuh. Satu badan dipenuhi dengan wayar.”

Nurul Erwani berkata, Ainul Mardhiah mula menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit sebelum dia dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.

“Ainul mula dengan muntah dan cirit-birit dalam masa sehari. Hari kedua, mama tengok Ainul sudah tidak bermaya sebab nampak lain sangat keadaan Ainul kali ini dan terus bawa ke Jabatan Kecemasan.”

Beliau juga meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat anak kesayangannya itu selain meluahkan ‘terasa gagal’ kerana berasa seperti kurang memberi perhatian kepada Ainul Mardhiah.

“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ini jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ini.”

Nurul Erwani sebelumnya turut berkongsikan video anaknya yang dibawa menaiki ambulans untuk dihantar ke hospital.

Dalam hantarannya di video tersebut, Nurul Erwani mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana virus ada di mana-mana walaupun di rumah.

“Ingat ya semua. Sekarang ni virus dah dekat mana-mana. Walaupun Ainul duduk rumah je, jaga kebersihan pun kalau nak jadi memang akan jadi.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani)

Leave a Reply

Back to top button