Tempatan

Lori Treler Terus Besar Kepala, Tunggu Mati Orang Jerantut Baru Ambil Tindakan? – Cikgu Izzat Johari

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – “SELAGI TIDAK KENA BATANG HIDUNG ATAU HILANG NYAWA, LORI TRELER DI JERANTUT TERUS BESAR KEPALA ATAU PENGUATKUASA SIBUK CARI SALAH PENGGUNA LAIN?” tempelak aktivis, Cikgu Izzat Johari.

Kenyataan ini dikeluarkan susulan kes muatan lori yang jatuh ke jalan raya di Jerantut baru-baru ini.

BACA JUGA: Negara Arab ‘Haram’ Tayangan Filem Baru Spiderman, Dipercayai Promosi Transgender

BACA JUGA: PRN: PDRM Beri Amaran Jangan Sentuh Isu 3R

BACA JUGA: Penutupan Kedai Judi Beri Risiko Ketagihan Parah – Syarikat Judi

“Malam ini, berlaku sekali lagi isu muatan lori jatuh ke jalan raya dan mujur tidak kena kepada sesiapa tetapi telah menyusahkan ramai pihak.”

Kata Cikgu Izzat Johari, beliau telah membangkitkan isu lori atau treler yang membawa lebih muatan sejak dari tahun 2011 lagi, namun pihak penguat kuasa seakan-akan melihatnya sebagai isu kecil.

“Isu lori atau treler bawa lebih muatan telah CIJ bangkitkan sejak CIJ menetap di Jerantut daripada tahun 2011 lagi. Malangnya, isu ini hanya dianggap isu ‘kecil’ oleh penguatkuasa seperti Polis Trafik dan JPJ kerana masih belum ada kemalangan jiwa.”

“Tunggu mati orang Jerantut, baru amik tindakan,” kata beliau dengan penuh kecewa.

Berikutan kejadian yang berlaku baru-baru ini, Cikgu Izzat Johari menggesa pihak polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) untuk membanteras dan mengejar KPI saman masing-masing.

“Kepada Polis Trafik dan JPJ, kejarlah KPI saman dan jumlah saman kalian ya. Yang sepatutnya banteras, tak buat. Lepas tu, bila buat penguatkuasaan, lori treler sidai tepi jalan pun tak boleh amik tindakan,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: