Gaya Hidup

DIY Servis Aircond Kereta Sendiri, Tak Perlu Ke Bengkel Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Pernahkah anda menghadapi masalah aircond yang tidak sejuk walaupun anda telah membukanya pada tahap maksimum ketika berada dalam kereta?

Jika ya, tanya diri anda, bilakah kali terakhir anda mencuci atau servis aircond kereta anda?

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Jika terlalu lama anda tidak servis aircond, biasanya kerosakan tertentu akan berlaku pada sistem aircond anda.

Anda tidak cukup bajet untuk minta mekanik servis aircond anda? Kenapa tidak buat sendiri sahaja!

Sebenarnya, cara cuci aircond kereta adalah sangat mudah dan anda boleh buat sendiri tanpa perlu ke bengkel.

Anda perlu ingat, sepertimana penjagaan enjin, sistem aircond atau penyaman udara kereta juga wajib anda buat pemeriksaan berpandukan jangka masa penggunaan kereta.

Tidak perlu berhabis duit, kita boleh cuci aircond kereta sendiri. Kaum wanita juga boleh lakukannya sendiri.

Kos untuk servis aircond kereta agak tinggi jika dibawa ke bengkel. Jadi, servislah sendiri jika boleh.

Sekiranya penghawa dingin kereta anda menjadi panas dan berfungsi dengan lebih teruk lagi jika memandu di bawah bahang panas matahari, anda boleh cuba aplikasi langkah di bawah ini:

1. Buka drawer atau laci pada dashboard dan seterusnya tarik keluar drawer tersebut dan asingkan ia di tempat lain.

2. Anda akan melihat satu box yang berbentuk segi empat kecil dan anda hanya perlu membuka klip kiri dan kanan pada box tersebut dan kemudian keluarkan ia.

3. Setelah dibuka, anda akan melihat penapis atau filter yang berbentuk segi empat dalam box tersebut.

4. Filter atau penapis itu berfungsi untuk menangkap segala kotoran dan juga habuk.

5. Ketuk penapis atau filter tersebut bagi mengeluarkan segala habuk yang melekat. Jika anda mempunyai mesin angin (blower) anda boleh sembur pada penapis tersebut bagi membersihkannya dengan mudah.

6. Selepas cuci semua habuk, anda perlu pasangkan semula penapis tersebut mengikut kedudukan yang anda keluarkan penapis tersebut.

7. Dengan ini angin aircond anda akan lebih kuat dan kembali sejuk seperti sediakala kerana tidak lagi tersumbat oleh habuk yang terperangkap.

Info Penting:

Penapis udara ini harus ditukar setiap 20,000 KM.

Namun jika penapis tersebut masih lagi boleh digunakan, anda boleh ikuti langkah-langkah di atas bagi menjimatkan duit anda daripada pembaziran.

Semoga bermanfaat untuk semua pemilik kenderaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: