Tempatan

Dituduh Niat Kenyataan Anti LGBT, NGO Selar MP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Jun 2023 – Sebuah badan pemikir telah membidas beberapa Ahli Parlimen atas satu kenyataan yang disifatkan oleh wakil pemikir badan itu sebagai “kenyataan serta ucapan kebencian” terhadap komuniti LGBTQ sewaktu perjumpaan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

The Galen Centre for Health and Social Policy (GALEN) telah menyifatkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat sewaktu berlakunya perdebatan berkenaan laporan SUHAKAM 2020 itu sebagai ulasan-ulasan yang “memperlekeh, diskriminasi dan taksub”.

BACA JUGA: Imigresen Gempur Pasar Borong Selangor, 35 PATI Diberkas

BACA JUGA: Cas RM1 Klinik Kerajaan Dikekalkan

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

Pada Isnin lalu, Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) telah menyatakan kepada Dewan Rakyat bahawa pihak Kerajaan patut memikirkan untuk mencontohi undang-undang di Rusia bagi melindungi anak-anak di negara ini daripada kandungan-kandungan media yang berkaitan dengan LGBTQ.

Awang Hashim (PN-Pendang) turut mengeluarkan kenyataan menyarankan agar pendekatan pemulihan diambil terhadap golongan LGBTQ bagi membimbing mereka.

Isam Isa (BN-Tampin) turut menggesa SUHAKAM agar membina naratif hak asasi manusia mereka berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma Malaysia dan bukan sekadar menurut naratif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan hal LGBTQ.

Azrul Khalib, CEO bagi GALEN dalam sebuah kenyataannya telah mengatakan bahawa retorik anti-LGBTQ itu benar-benar memberi kesan terhadap orang ramai dan masyarakat. Ianya mungkin dapat meningkatkan kadar tindakan merbahaya serta bersifat diskriminasi serta mempromosikan keganasan.

Manakala Mitch Yusmar Yusof, seorang felo di GALEN yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Seed Foundation telah menyatakan bahawa sentimen dan ancaman sedemikian dapat mewujudkan halangan bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan kesihatan.

Pada Rabu lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah menyatakan bahawa kementeriannya tegas dalam berpendirian untuk tidak berkompromi “dalam perkara-perkara berkaitan adab, moral dan budaya sesat” sewaktu beliau menjawab soalan daripada ahli parlimen Pokok Sena berkenaan budaya LGBTQ yang telah menembusi institusi persekolahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: