Tempatan

Menteri Jamin Muktamadkan 10,000 Permohonan Kewarganegaraan Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023 – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjamin akan memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini KDN menerima banyak permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan dan beliau mensasarkan 10,000 permohonan akan dapat diselesaikan bagi tahun ini.

BACA JUGA: PRN: PDRM Beri Amaran Jangan Sentuh Isu 3R

BACA JUGA: Wajibkan Ujian Saringan Kesihatan Mental Murid Sekolah Dua Kali Setahun

BACA JUGA: Lori Treler Terus Besar Kepala, Tunggu Mati Orang Jerantut Baru Ambil Tindakan? – Cikgu Izzat Johari

“Daripada sasaran itu, sebanyak 8,288 permohonan sudah diselesaikan dan hari ini kita serahkan sijil kelahiran dan MyKad kepada 15 penerima,” katanya dalam program KDN Madani di Sungai Petani pada Ahad.

Dalam pada itu, Saifuddin memaklumkan persatuan penduduk dan NGO terlibat dalam keselamatan komuniti boleh memohon Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) sebanyak RM10,000.

Permohonan geram tersebut boleh dilakukan bermula 18 Jun 2023 menerusi sistem elektronik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (eROSES).

Sebanyak RM20 juta diperuntukkan untuk GPPK bagi memperkasa peranan persatuan penduduk dan meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti serta penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: