Dituduh Mencuri, Dua Remaja India Diikat & Diheret Dengan Lori Pusing Pasar
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BHOPAL, 31 Oktober 2022 – Dua remaja dibelasah dan diheret dengan lori sambil kaki mereka diikat dibelakang lori tersebut kerana dituduh mencuri.
Berdasarkan video rakaman yang tular di media sosial, kejadian berlaku di pasar sayur Choitram, Indore, Madhya Pradesh.
Madhya Pradesh: Disgusting shame on humanity.
In Indore, Madhya Pradesh, the feet of two children were being tied with a rope and dragged by tempo, and people were making videos.
These people don’t look like human beings. pic.twitter.com/cBqsvBnMvj
— Shuja (@shuja_2006) October 29, 2022
Dua peniaga dan seorang pemandu mendakwa remaja terbabit mencuri wang yang disimpan di dalam lori ketika memunggah sayur-sayuran dan mengaku melihat kecurian tersebut.
Tidak lama kemudian, peniaga dan beberapa orang yang berada di situ membelasah dua kanak-kanak bawah umur itu dan mengikat kaki mereka dengan tali.
Mereka dipaksa berbaring di atas jalan dan mengikat kaki mereka pada lori terbabit sebelum diseret di sekitar pasar sayur-sayuran di Indore, sambil disaksikan orang ramai yang sibuk merakam kejadian itu.
Susulan tular video itu, pihak polis bertindak memfailkan kes terhadap dua remaja itu atas dakwaan mencuri dan sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.
“Cara mereka dibelasah adalah mengerikan dan kejam. Kami akan mengambil tindakan terhadap penyerang juga. Kami akan mengenal pasti mereka daripada video itu,” kata pegawai polis Indore Nihit Upadhyay kepada pemberita.
Dua remaja terbabit telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Kejadian sedemikian bukanlah pertama kali berlaku.
Sebelum ini, kejadian seakan-akan seperti ini pernah berlaku apabila seorang lelaki diikat pada tiang dan dibelasah oleh orang ramai akibat dituduh mencuri kapas dari ladang.
A man was allegedly tied to a pole and beaten by a group of people on suspicion of stealing cotton from a field in a village in Madhya Pradesh’s Khargone district, police said on Friday.#Madhya Pradesh #Man #Beaten #Cloth #Cotton #Viral #Police pic.twitter.com/IxoQOUft6p
— Viral News Network (@Viralnwsnetwork) October 28, 2022
Dalam kejadian lain, seorang lelaki ditembak mati dan tiga orang lagi cedera akibat dituduh mencuri kayu kering.