Antarabangsa

Dituduh Cabul Hak Asasi: Perancis Batal Siaran Piala Dunia Qatar 2022

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERANCIS, 06 Oktober 2022 – Beberapa bandar di Perancis memutuskan untuk membatalkan siaran Piala Dunia Qatar 2022 selepas negara itu didakwa telah mencabul hak asasi manusia terutamanya di kalangan pekerja asing.

Lapor agensi berita Arab, bandar-bandar tersebut termasuk Lille, Strasbourg dan Bordeaux yang bertindak sedemikian sebagai tanda protes terhadap isu ekologi dan kemanusiaan.

Pembaziran nyawa semasa pembinaan stadium di Qatar sudah cukup sebagai alasan untuk tidak mempromosikan acara berkenaan yang dijangka berlangsung mulai 20 November ini, ujar beberapa orang datuk bandar.

Sementara itu, Datuk Bandar Bordeaux, Pierre Hurmic yang juga merupakan pakar ekologi berkata, “Ia akan jadi suatu yang tidak masuk akal jika kita bersubahat dengan penderaan kemanusiaan dan ekologi yang wujud dalam Piala Dunia ini.”

Martine Aubry, Datuk Bandar Lille pula menggelar acara tersebut sebagai ‘karut’ dari segi hak asasi manusia, alam sekitar dan juga sukan serta memutuskan untuk tidak menyiarkan perlawanan Piala Dunia di skrin-skrin gergasi.

Bukan itu sahaja, di kalangan kumpulan hak asasi manusia, Qatar dipercayai sudah menjadi tempat hangat untuk pencabulan dan penyalahgunaan hak asasi yang sistematik, terutamanya layanan mereka terhadap pekerja asing.

Bahkan, sebelum ini, sebuah syarikat media antarabangsa telah mendedahkan lebih 6,500 pekerja asing daripada India, Pakistan, Bangladesh, Nepal dan Sri Lanka maut di Qatar sejak negara itu diputuskan menjadi tuan rumah Piala Dunia 10 tahun lalu.

Walaupun kerajaan Qatar mengakui bahawa sistem buruhnya masih dalam proses penambahbaikan, negara itu menafikan laporan Amnesty 2021 yang mendedahkan ribuan pekerja asing terperangkap dan dieksploitasi.

Penganjur Piala Dunia Qatar 2022, Jawatankuasa Tertinggi untuk Penyampaian dan Warisan (SC) telah mempertikaikan semua dakwaan mengenai kejohanan tersebut yang telah mengorbankan nyawa ribuan orang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: