Antarabangsa

Ditikam Pelampau Hindutva Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Masjid

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 15 Julai 2022 – Seorang lelaki, Samiullah, 38 tahun cedera parah selepas ditikam beberapa kali di bahagian belakang dan hadapan badannya oleh pelampau Hindutva ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid tempatan.

Kejadian yang berlaku di Karnataka itu telah menyebabkan mangsa menerima banyak jahitan di bahagian tubuh yang berlainan selain jarinya tidak berfungsi kerana uratnya telah terputus.

Saudara kepada mangsa, Qasim berkata bahawa adiknya, Samiullah yang memegang jawatan presiden jawatankuasa menguruskan masjid di daerah Chitradurga, Karnataka selama 10 tahun itu mendakwa bahawa penyerang yang menyerang beliau adalah seorang yang mempunyai ideologi Hindutva.

Perkara itu disahkan oleh mangsa berdasarkan profil media sosial Instagram penyerang yang bernama Nutan Gowda.

Menurut Qasim lagi, adiknya tidak mempunyai permusuhan dengan tertuduh dan mengesyaki wujudnya sifat perkauman di sebalik serangan itu.

“Ayah dan datuk kami sudah berpuluh tahun tinggal di kampung ini tetapi sentiasa dalam suasana yang baik di sini. Sifat perkauman telah berkembang dalam tempoh 2-3 tahun yang lalu. Timbul kebencian terhadap orang Islam yang berpunca daripada kemajuan masyarakat yang telah menimbulkan rasa iri hati di kalangan segelintir penduduk kampung,” kata Qasim.

Walau bagaimanapun, kejadian jenayah kebencian yang pertama kali berlaku di kampung tersebut telah dinafikan oleh pihak polis.

Bercakap kepada media, Superintendan Polis K. Parashuram menafikan wujudnya sebarang unsur perkauman dalam kejadian itu dan juga menafikan tertuduh dikaitkan dengan mana-mana kumpulan Hindutva.

Pihak polis juga memaklumkan bahawa Laporan Maklumat Pertama (FIR) telah didaftarkan terhadap tertuduh yang ditahan di bawah tuduhan cubaan membunuh.

Dalam pada itu, keluarga Samiullah mendakwa mereka masih belum menerima salinan Laporan Maklumat Pertama (FIR) tertuduh kerana sedang sibuk menguruskan rawatan buat mangsa, Samiullah yang juga mengalami kecederaan berhampiran matanya yang memerlukan beliau menjalani pembedahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: