Antarabangsa

Ditentang Hebat Untuk Bina Masjid, Muslim Korea Gesa PBB Bantu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DAEGU, 28 Disember 2022 – Setelah menerima tentangan hebat berterusan daripada penduduk tempatan, Muslim Korea Selatan mula menggesa bantuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membina sebuah masjid.

Rayuan itu dibuat selepas kecewa dengan pihak berkuasa tempatan yang tidak melaksanakan perintah mahkamah malah pelbagai penentangan dilakukan oleh penduduk setempat termasuk menggunakan kepala babi.

Mereka menggesa campur tangan PBB dalam isu kebebasan beragama bagi menghentikan halangan penduduk terhadap kerja pembinaan dan menghapuskan kepala babi dengan segera.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan tidak menghiraukan permintaan masyarakat Islam untuk mengeluarkan kepala babi dari lorong yang digunakan mereka untuk ke masjid.

Dalam pada itu, petisyen kepada pegawai PBB melaporkan, ia mendesak kerajaan Korea Selatan dan pihak berkuasa tempatan mengutuk secara terbuka segala bentuk diskriminasi agama atau kaum tertentu, menjalankan pendidikan mengenai kewajipan pengecualian agama dan anti-perkauman untuk semua pegawai awam Daegu, serta memperbaiki segala kerosakan.

Menurut laporan, pegawai tempatan meluahkan ketidakberdayaan mereka untuk membersihkan kepala babi tanpa kebenaran penduduk kerana ia adalah barangan yang dibeli rakyat Korea Selatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: