Tempatan

Disyaki Hina Institusi Beraja, Seorang Lelaki Ditangkap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 April 2023 – Seorang lelaki tempatan ditangkap kerana disyaki membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi beraja di Malaysia menerusi akaun Facebook ‘Tuk Chik’.

Menurut kenyataan media Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin, suspek yang berusia 49 tahun itu ditangkap di kawasan Pendang, Kedah pada 5 April 2023, semalam.

BACA JUGA : Permohonan Peguam MAIPs Mohon Hakim Kes Loh Siew Hong Undur Diri Didengar 19 April

BACA JUGA : 5.76 Tan Metrik Sisa Meningkat Dalam Bulan Ramadan

BACA JUGA : Suara Desak Hapuskan Hukuman Mati Pandangan Ekstrem

“Permohonan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula 6 April 2023 hingga 9 April 2023,” kata beliau dalam kenyataan itu.

Tambahnya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berikutan itu, beliau menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam dan menggugat keharmonian negara terutama yang melibatkan isu 3R (Rulers, Religion, Race).

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: