Tempatan

Diskriminasi Graduan Wanita: Pekerja Wanita ‘Menyusahkan’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 08 Jun 2022 – Sesetengah majikan yang mengamalkan sikap diskriminasi jantina dengan memberi alasan pekerja perempuan ‘menyusahkan’ menyebabkan berlakunya jurang antara pekerja lelaki dan pekerja wanita biarpun bilangan graduan di institut pengajian tinggi (IPT) didominasi oleh kaum hawa.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor, pihak majikan atau syarikat mengamalkan diskriminasi ini kerana mereka tidak mahu menanggung kerugian apabila terpaksa memberi cuti bersalin selama 98 hari atau lebih tiga bulan kepada pekerja wanita yang telah berkeluarga.

“Semua majikan ingin mengejar keuntungan. Apabila ambil pekerja wanita, kenalah pula beri kemudahan seperti menanggung kos rawatan bersalin dan sebagainya, ini tidak termasuk kos lain-lain seperti rawatan anak sakit dan sakit puan. Selain itu, ada persepsi bahawa wanita tidak mampu seperti lelaki dalam melakukan tugas syarikat.”

Katanya, sikap diskriminasi dalam pengambilan pekerja itu yang menyebabkan tenaga buruh lebih dikuasai lelaki biarpun graduan wanita lebih ramai.

Berikutan itu, Abdul Halim mencadangkan agar pihak Kerajaan mewujudkan undang-undang khusus bagi melindungi wanita daripada didiskriminasi oleh majikan atau syarikat terutamanya mereka yang telah berkeluarga.

Malah, beliau juga menggesa agar dasar dan akta pekerja dikaji semula oleh pihak Kerajaan dengan menetapkan kuota pengambilan pekerja wanita antara 30 hingga 40 peratus bagi mengurangkan jurang tenaga buruh.

“Bukan sahaja dasar 30 peratus wanita pembuat dasar kena patuhi, tetapi perlu melibatkan sama pengambilan pekerja,” tegasnya.

Tambahnya, jika perkara ini tidak dapat ditangani segera, ia akan menyebabkan negara kehilangan bakat daripada graduan wanita yang berpotensi tinggi ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: