Tempatan

Kalimah ALLAH Digunakan Pihak Lain Bagi Tujuan Menipu Pemikiran – Tun Dr Mahathir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa join Telegram dan Facebook kami bagi mendapatkan berita terkini

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2021 – “Kalau ada pihak lain yang nak menggunakan nama (ALLAH) itu, apa tujuannya selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama ini sama dengan agama ini?” Ujar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam jawapannya pada tahun 2013 dahulu dalam kontroversi kalimah ALLAH pada yang kini kembali tular.

“Unsur penipuan itu memang ada. Sebab itu kita tidak boleh terima penggunaan perkataan ALLAH,” tegas beliau.

Menurut mantan Perdana Menteri ke-7 itu, apabila Islam datang, hanya orang Islam sahaja yang menggunakan perkataan ALLAH sebagai nama Tuhan.

“Apabila datangnya Islam, dan dalam Islam diperkenalkan Tuhan itu yang bernama ALLAH, kita sahaja yang mengguna perkataan itu.”

“Yang sebenarnya, Bible asal bukan ditulis dalam bahasa Inggeris. Dia ditulis dalam bahasa Greek dan Latin. Dan dalam bahasa Greek dan Latin tidak ada perkataan ALLAH. Tidak ada.”

Tetapi, apabila orang bukan Islam ingin mengembangkan agama mereka di kalangan yang bukan tempatan, maka mereka menggunakan kata nama yang difahami oleh komuniti terbabit.

“Apabila pihak penganut agama lain ingin mengembangkan agama mereka di kalangan orang yang tidak faham bahasa mereka, dan mungkin mereka faham bahasa yang menggunakan perkataan ALLAH untuk Tuhan, maka mereka menamakan Tuhan sebagai ALLAH dalam buku-buku mereka, dalam kitab-kitab mereka. Ini berlaku umpamanya di Mesir. Kerana kita tahu di Mesir, mereka bertutur kata dalam bahasa Arab. Bible mereka juga dalam bahasa Arab.”

Oleh itu, Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan untuk sebarang agama selain Islam pun.

“Kalau kita kata ALLAH itu boleh diguna untuk sebarang agama, itu tak tepat. Yang tepat adalah perkataan ALLAH itu bermula dengan agama Islam.”

Dalam sidang media berbeza pada tahun 2014, Tun Dr Mahathir mempertahankan kenyataan bahawa kalimah Allah adalah kegunaan eksklusif untuk umat Islam dan turut sependapat dengan mantan Ketua Hakim Malaysia, Tun Abdul Hamid bahawa ia bertujuan untuk mengelirukan umat Islam.

“Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang terdapat usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat,” katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penganut agama Kristian menggunakan kalimah ALLAH, Baitullah, Kaabah dan Solat dalam penerbitan mereka sekaligus mengejutkan serta mendukacitakaan umat Islam Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: