Diskaun Saman Trafik Hingga 60 Peratus 20-30 Mac Ini
KUALA LUMPUR, 20 Mac 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menawarkan diskaun kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus bermula 20 hingga 30 Mac ini.
Menurut kenyataan JPST di laman Facebook rasminya, pengurangan saman itu adalah tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Kontinjen dan Daerah di seluruh negara.
BACA JUGA: Kuantan Buka 1,775 Tapak Bazar Ramadhan Aidilfitri
BACA JUGA: Boleh Tuntut Ganti Rugi Jika Terlibat Kemalangan Akibat Jalan Rosak – Timbalan Menteri
BACA JUGA: Penjara, Jika ‘Dedahkan’ Muslim Belum Dewasa Kepada Pengaruh Bukan Islam
Pengurangan saman itu ditawarkan adalah bersempena dengan Hari Polis Ke-216, kata kenyataan berkenaan.
Namun begitu, pengurangan saman ini tidak ditawarkan kepada beberapa kesalahan, antaranya:
· Kemalangan
· Kesalahan Bicara Mahkamah (M)
· Saman Berstatus Waran (W)
· Kesalahan Berkaitan Kenderaan Berat (Lori)
· Memotong Secara Berbahaya
· Menggunakan Lorong Kecemasan
· Kesalahan Tidak Boleh Kompaun (NC)
· Tidak Patuhi Isyarat Lampu Merah
· Memotong Di Garisan Berkembar
· Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos
· Saman Berstatus OP Selamat
“Daftar segera sebagai pengguna MyBayar Saman sekarang, dan tidak perlu beratur panjang di kaunter bayaran trafik,” memetik kenyataan itu.