Tempatan

Diskaun Saman Trafik 50% Sempena Hari Polis

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2022 – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% bagi kesalahan terpilih.

Pengurangan diskaun itu adalah bersempena dengan hari Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022 yang akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 30 Julai 2022 ini.

“Jom meriahkan program ‘Road March’ sempena Peringatan Hari Polis ke-215 Tahun 2022 yang bakal berlangsung pada 30 Julai 2022 ini, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur,” demikian kenyataan dari laman Facebook Polis Diraja Malaysia.

“Jom datang beramai-ramai. Jumpa anda di sana!” tambah kenyataan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: