Tempatan

Cubaan Rogol Di Temerloh, Polis Keluar Amaran Buru Suspek

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TEMERLOH, 15 Disember 2022 – Polis Daerah Temerloh sedang memburu seorang lelaki tempatan yang terbabit dalam satu cubaan rogol beberapa hari lalu di daerah itu.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd. Azhar Bin Mohd Yusoff berkata, “Mangsa dalam kes ini adalah (1) perempuan warga tempatan berumur 27 tahun di mana pada 09 Disember 2022 lebih kurang jam 7.00 malam, semasa mangsa selesai membuat senaman di laluan pejalan kaki belakang Taman Tasik Kubang Gajah Temerloh, telah didatangi oleh (1) lelaki disyaki bangsa Melayu memakai pelitup muka dan cuba melakukan rogol ke atas mangsa. Mangsa berjaya melepaskan diri dari suspek dan kemudiannya hadir ke balai polis membuat laporan.”

Tambahnya, hasil siasatan pihak polis telah berjaya menimbulkan lakaran gambar suspek iaitu berumur awal 30 an, tinggi lebih kurang 170 cm, berkulit gelap.

“Lakaran gambar ini telah dibuat hebahan kepada pihak umum bagi membantu siasatan polis.”

Kata ACP Mohd. Azhar lagi, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan rogol.

Berikutan itu, pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu agar menyalurkan maklumat tersebut kepada polis di talian 09-271 6222 atau emel : [email protected] dan mana-mana balai polis yang berhampiran.

Dalam masa yang sama, pihak polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati semasa menjalankan aktiviti riadah terutamanya di tempat sunyi seperti taman rekreasi, taman tasik dan sebagainya terutama selepas lewat petang.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya beriadah secara berkumpulan bagi mengelakkan kejadian seupama ini berlaku,” ujar ACP Mohd. Azhar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: