Tempatan

Rusuhan Kuil Mariamman & Kematian Adib: Pendakwaan Tutup Kes

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA: Pendakwaan dalam kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, yang turut menyaksikan kematian seorang ahli bomba, Adib Kassim ditutup selepas empat tahun.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, peguam bela Kirthiraj Rajasundram yang mewakili Saifullah Abdullah, individu yang didakwa, berkata, “Majistret mengarahkan pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan mereka sebelum 3 April.”

BACA JUGA: KDN Warta Perintah Larangan 3 Penerbitan Lucah, LGBT

BACA JUGA: 5 Aspek Diutamakan Dalam Semakan Semula Kategori Pendapatan Isi Rumah

BACA JUGA: ‘Parti Liar’ Genting Highlands Diserbu, 28 Ditahan

Dalam kes ini, pegawai penyiasat Ali Yusran menjadi saksi terakhir memberi keterangan sebelum Timbalan Pendakwa Raya Wafi Husain memaklumkan Majistret Iskandar Zainol bahawa pihaknya menutup kesnya.

Mereka yang didakwa pula ialah Saifullah Abdullah, Riduan Sekh Ruslan, Irwan Noordin, Khairi Abdul Rashid, Rozaihan Zakaria, Qayyum Mohd Faisal, Ashraf Mohd Faizal, Absal Eastrie Abdullah, Jalil Talib, Khairol Anuar Zabidi, Zamri Md Said, Shukri Razali, Nor Azmi Abdul Ghani, Shahril Danniel Sajeel, Hasneezam Shah Samsudin, Akmal Izzat Azi and Norul Ismawi Islahuddin.

Semua tertuduh berusia antara 24 hingga 47 tahun itu didakwa merusuh dan memiliki senjata berbahaya, antara jam 2 pagi hingga 5 pagi pada 26 November 2018.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tambah portal lagi, kesemua tertuduh dibebaskan dengan jaminan.

Peguam bela Kirthiraj Rajasundram menyatakan bahawa kira-kira 20 saksi memberi keterangan untuk pendakwaan sejak perbicaraan bermula pada 2019.

Rusuhan ini turut meragut nyawa seorang anggota bomba, Adib Kassim, yang cedera di tempat kejadian sebelum meninggal dunia sebulan kemudian di Institut Jantung Negara.

Pada 2019, mahkamah koroner memutuskan kematian Adib disebabkan perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu tidak dikenali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: