PRU-15

GPS Serah Kepada Kuasa Agong Lantik Perdana Menteri Ke-10

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 22 November 2022 – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan bahawa pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri Malaysia ke-10, menerusi kenyataan media daripada Pejabat Premier Sarawak.

Jelas GPS, sebelum ini pihaknya telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Malaysia daripada gabungan parti yang terdiri daripada PN, BN, GPS dan GRS yang mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Namun, melihat kepada kemelut politik yang berlaku ketika ini di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat harus dihormati.

Berikutan itu, GPS menegaskan bahawa penubuhan Kerajaan yang stabil adalah dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi.

Kelmarin, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menyatakan persetujuannya untuk GPS berkerjasama dengan PN, BN dan GRS bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: