Tempatan

Dilema B40: Rumah Mampu Milik ‘Direbut’ Golongan Berada

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2022 – Sebuah laporan mendedahkan bagaimana rumah yang pada asalnya dibina untuk membantu golongan berpendapatan rendah telah dibeli oleh golongan berada di pasaran terbuka.

Menurut laporan tersebut, rumah mampu milik pada asalnya dibina untuk golongan yang memerlukan, namun, pandemik COVID-19 yang telah merencatkan kegiatan ekonomi telah mengakibatkan rumah mampu milik ‘bertukar tangan’ kepada golongan berada.

Umpama jatuh ditimpa tangga, ekonomi yang terhenti telah menjejaskan pendapatan golongan B40 mengakibatkan mereka tidak mampu membayar wang bulanan rumah, sehinggakan ada yang rumahnya dilelong dengan harga murah di pasaran terbuka.

Apabila rumah-rumah mampu milik ini dilelong di pasaran terbuka, ia kemudiannya ‘direbut’ oleh golongan yang mampu membeli rumah-rumah ini, dan rumah mampu milik sememangnya menjadi rebutan kerana harganya yang akan naik berlipat kali ganda.

Setelah rumah ‘bertukar tangan’ beberapa kali, harganya akan naik dengan begitu tinggi sehingga tidak lagi mampu dibeli oleh golongan B40.

Terdahulu, Samudera.my pernah melaporkan pendapat yang menganggap perumahan untuk B40 sebagai hanya sebuah “dummy” oleh pihak pemaju.

Terdapat beberapa cadangan yang diutarakan, seperti cadangan oleh Haniff Khatri, peguam, supaya pembelian rumah B40 patut diuruskan bawah konsep “building society”; dan cadangan oleh Datuk Nadzim Johan (PPIM) supaya sistem tapisan pembelian rumah mampu milik diperketat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: