Dilabel Simbol Kepada Keganasan, Bendera Palestin Diharamkan Menteri Zionis
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
BAITULMUQADDIS, 09 Januari 2023 – Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir telah mengharamkan pengibaran bendera Palestin di tempat-tempat awam, dengan dakwaan bahawa perbuatan tersebut dapat “menggalakkan keganasan”.
Perkara tersebut telah dinyatakan pada sebuah kenyataan yang dibuat oleh beliau sendiri pada malam Ahad.
Beliau mengatakan bahawa,
“Ianya adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan, yang mana mereka yang melanggar undang-undang akan mengibarkan bendera keganasan, menghasut serta menggalakkan keganasan”.
BACA JUGA: Netizen ‘Mengamuk’ JPN Johor Lancarkan Program Sekolah Berselawat
BACA JUGA: Kalau Tidak Kerana Masjidil Haram, Tiada Siapa Mahu Ke Arab Saudi
BACA JUGA: Ramai Majikan Gagal Patuhi Perubahan Akta Pekerja – MTUC
Ben-Gvir yang sudahpun terlibat di dalam kontroversi setelah mana beliau melakukan tindakan memasuki ruang Temple Mount pada minggu lalu, telah membantah pendapat yang menyatakan bahawa larangan mengibarkan bendera Palestin itu telah mengganggu gugat kebebasan hak awam.
Beliau mendakwa bahawa kebebasan bersuara “tidak terlibat dalam hal yang berkaitan pengganas” serta mereka yang ingin menyerang tentera Israel.
Beliau yang juga merupakan ketua keselamatan kebangsaan rejim haram aparteid Israel itu turut membuat satu hantaran ciapan di laman Twitternya dengan mengatakan,
“Kami akan melawan terrorisme dan galakan untuk terrorisme dengan segala kemampuan kami!”
Sebelum ini, bendera Palestin telah dikibarkan pada sebuah sesi bantahan anti-kerajaan pada malam Sabtu lalu yang bertempat di Tel Aviv. Menurut undang-undang Israel, perbuatan mengibarkan bendera Palestin adalah dibenarkan namun, tentera dan pegawai keselamatan boleh membuang bendera tersebut jika mereka berpendapat bahawa ianya adalah ancaman bagi orang awam.