Didik Pelajar Bercucuk-Tanam, Atasi Krisis Keselamatan Makanan – CAP
GEORGE TOWN, 22 Februari 2023 – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan agar pelajar sekolah dididik untuk mempelajari kaedah pertanian organik sejak bangku sekolah untuk mengatasi masalah keselamatan makanan.
Jelasnya, pelajar berpotensi untuk menjadi petani moden pada masa hadapan, dan paling penting dapat menyelesaikan masalah kewangan keluarga mereka.
BACA JUGA: Raub Takkan Terkenal Tanpa Pekebun Haram Musang King – MP Raub
“Pendidikan tanaman hijau perlu diperluaskan di peringkat sekolah agar para pelajar memahami kepentingan serta keperluan menanam sayur.”
“Bahkan melalui kaedah ini, negara dapat mengatasi masalah keselamatan makanan selain mengurangkan beban ekonomi keluarga mereka di kemudian hari,” kata Pegawai Pendidikan CAP, N.V. Subbarow.
BACA JUGA: Lebih RM400 Juta Diperlukan Bagi Baik Pulih Jalan Di Pahang
Menurutnya, pertanian organik boleh dimulakan di tanah kosong yang tidak digunakan di sekitar sekolah.
Dalam pada itu, beliau juga berpendapat kebun hijau boleh membantu golongan B40 mengatasi kenaikan harga sayur.
BACA JUGA: Gaji Rendah Bukan Punca Doktor Kerajaan Pilih Migrasi
Katanya, ketua keluarga boleh menjimatkan wang dengan memakan sayur-sayuran yang ditanam sendiri.
“Berdasarkan pengalaman CAP, ramai pelajar dan guru masih tidak memahami cara sebenar menanam sebarang sayur-sayuran.”
“Jadi, sekolah merupakan tempat terbaik untuk melahirkan lebih ramai petani.”
“Para pelajar boleh menyampaikan mesej ini kepada ibu bapa supaya mereka boleh menanam sayur-sayuran di sekitar rumah masing-masing,” ujarnya lagi.