Tempatan

Didakwa Melombong Silika Secara Haram, Pengurus Projek Dihadapkan Ke Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 19 Ogos 2023 – Seorang pengurus projek sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas pertuduhan menjalankan perlombongan untuk mengeluarkan pasir silika secara haram, lapor sebuah portal.

Tertuduh, Teh Tze Jin yang berusia 45 tahun bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kesalahan yang didakwa dilakukan pada Mei lalu di Sungai Baging, Mukim Sungai Karang.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kira-kira jam 4.10 petang pada 21 Mei lalu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan menjalankan perlombongan tanpa lesen atau pajakan yang sah berdekatan tapak projek PR1MA, Sungai Baging, Kuantan.

Menurut fakta kes, pegawai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) telah membuat pemantauan dan menahan sebuah jentera yang terlibat untuk mengeluarkan pasir silika secara haram.

BACA JUGA: Kos Bahan Binaan Bakal Meningkat Lagi

BACA JUGA: Tular 54K Warga China Dalam Proses Warganegara: Penjelasan KDN

BACA JUGA: Nahas Pesawat: Jangan Kongsi Gambar, Video Visual Mangsa Insiden – MCMC

Lapor portal tersebut, tertuduh didakwa telah mengeluarkan arahan kepada pemandu jentera untuk menjalankan kerja-kerja pemindahan pasir silika di kawasan itu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001 di mana jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

Dalam laporan yang sama, tertuduh yang diwakili peguam Rusnizam Abdullah turut memohon pihak mahkamah untuk mengurangkan jumlah wang jaminan ke atas dirinya berikutan hanya dia sahaja yang bekerja bagi menampung isteri yang tidak bekerja serta empat orang anaknya yang masih kecil.

Hakim Azman Mustapha kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 08 September bagi pengurusan kes.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: