Tempatan

Mantan Peguam Negara Disiasat PDRM Rentetan Ucapan “Kerajaan Melayu Gagal”

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 18 Oktober 2022 – Pihak polis telah melancarkan siasatan mengenai kenyataan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas di mana beliau menyebut bahawa pihak pembangkang sepatutnya memberitahu kepada umum mengenai sebuah “Kerajaan Melayu” telah gagal.

Tommy Thomas telah membuat kenyataan demikian ketika menyertai sebuah forum pada bulan September lalu, di mana ianya turut disertai oleh pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jayakumar Devaraj.

Dalam sebuah kenyataan, Parti Sosialis Malaysia telah memaklumkan bahawa pengerusi parti tersebut telah dipanggil oleh pihak polis bagi memberikan kenyataan beliau berkenaan dengan isu yang sama pada Khamis ini.

Mengenai penyiasatan berkenaan kenyataan Tommy Thomas itu, Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelyan menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Menurutnya, Tommy Thomas dan para panelis lain berhak untuk berpendapat sedemikian.

Menurut Arutchelyan lagi, tindakan pihak polis memanggil mereka yang berucap pada forum awam itu adalah bertentangan dengan semangat kebebasan bersuara yang termaktub di dalam Perlembagaan. Beliau juga menyifatkan tindakan pihak polis tersebut sebagai sesuatu yang membazirkan dana awam.

Pada sebuah forum yang bertajuk “Dark Forces Towards GE15” yang diadakan pada 17 September lalu, Tommy Thomas turut menggesa pihak pembangkang supaya membuat para pengundi bertanya bahawa adakah “kerajaan Melayu” telah menjadikan negara ini lebih baik dan lebih efisien.

Panelis-panelis lain yang turut bersama di dalam forum tersebut adalah Siti Kasim, Lim Kit Siang dan Tawfik Ismail.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: