Politik

Desas-Desus BN & Warisan Jatuhkan Ketua Menteri Hajiji Noor Tumbang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAH, 07 Januari 2023 – Desas-desus percubaan Barisan Nasional Sabah dan Parti Warisan (Warisan) untuk menggulingkan Ketua Menteri Hajiji Noor semalam gagal, selepas enam daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) enggan memberi sokongan untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Enam ADUN UMNO Sabah yang enggan memberikan sokongan mereka kepada usaha itu sehingga menyebabkan langkah tersebut gagal adalah Shahelmey Yahya, James Ratib, Jasni Daya, Harun Durabi, Yusof Yaakob dan Andi Muhammad, menurut satu laporan.

BACA JUGA: FAMA Bantu Kurangkan Kemelut Bekalan, Edar 250 Ribu Biji Telur

BACA JUGA: Piala AFF: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjut Hingga 12.30 Tengah Malam

BACA JUGA: Label Kerajaan Tak Beretika, JAKIM Siasat Pegawai

Mereka juga sekali gus menentang idea BN bekerjasama dengan Warisan untuk membentuk Kerajaan Negeri baharu yang diketuai oleh Shafie sebagai Ketua Menteri, Ketua BN Sabah Bung sebagai timbalan dan bekas Ketua Menteri Sabah Salleh Said Keruak sebagai Menteri Kewangan.

Selain itu, Shafie juga dipercayai menawarkan UMNO Sabah empat jawatan menteri.

Keruntuhan rancangan itu semakin jelas apabila sidang media bersama Shafie dan Bung di sebuah hotel di Kota Kinabalu dibatalkan dua jam selepas ia dijadualkan berlangsung, selain Pakatan Harapan Sabah yang mempunyai tujuh kerusi di DUN juga mengesahkan sokongannya kepada Hajiji.

Terbaru, Kabinet Sabah dilaporkan bakal dirombak susulan cubaan ‘rampasan kuasa’ dengan menyaksikan beberapa ahli Kabinet BN didakwa akan digugurkan daripada jawatan dan digantikan dengan ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) Sabah.

Nama-nama yang turut disebut akan digugurkan antaranya Timbalan Ketua Menteri I Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Menteri Pelancongan Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Jafry Ariffin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: