Desak Ganti Timbalan Menteri Agama, Wakil 100 NGO Islam Ke Istana Negara Pagi Ini
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 18 April 2022 – Wakil lebih dari 100 NGO dimaklumkan akan menyerahkan memorandum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Sultan Selangor sebagai sembah hasrat menzahirkan sokongan padu kepada Raja-Raja sebagai Ketua-Ketua Agama Islam yang beramanah menjaga kedaulatan Agama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, termasuk mempertahankan integriti institusi-institusi agama seperti MKI dan JAKIM dari campur tangan tidak wajar oleh individu-individu politik yang tidak bertanggungjawab.
Dalam nota yang diedarkan kepada editor-editor berita, kumpulan ini turut menyatakan tujuan serahan memo ini juga dibuat berikutan tindakan yang dibuat oleh YB Timbalan Menteri Agama yang memberikan kenyataan yang salah dan mengelirukan di dalam Dewan Negara pada 28hb Mac 2022 berkaitan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI ke-117 tahun 2020 yang dipersetujui oleh semua Mufti-Mufti.
BACA: Buang Islam Sebagai Agama Rasmi – Sarajun Hoda
BACA: Pelampau Hindu Bangun Subuh Lawan Laungan Azan
BACA: Baca Dan Fahami Surah Yunus Ayat 99 – Siti Kasim
Wakil kepada lebih 100 NGO Islam ini mendesak agar YB Timbalan Menteri Agama digantikan kerana beliau telah melakukan tindakan-tindakan yang membelakangkan bidang kuasa Raja-Raja sebagai Ketua-Ketua Agama Islam sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengelirukan orang ramai terhadap keputusan Jawatankuasa Muzakarah MKI yang dianggotai oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia.
Serahan memo akan dibuat di Istana Negara pada jam 10 pagi dan diikuti sidang akhbar di hadapan Pintu 2, Istana Negara. Serahan kedua akan dibuat pada jam 2.30 petang di Istana Kayangan, Selangor dan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu.